Friday, 7 December 2012

Satu Kisah Mengenai Kanak-kanak Sindrom down

Masa Hadapan

Kita tidak tahu apakah yang akan dilalui oleh anak istimewa ini apabila dewasa kelak.Apakah dia akan menjadi seorang anak yang berguna ataupun hanya menyusahkan keluarga sepanjang masa.Sebenarnya mendidik anak istimewa sama seperti mendidik anak yang lain.Sekiranya tidak memberi didikan yang sempurna,sudah pasti dia terpesong ke jalan yang salah.Anak istimewa dapat memainkan peranan penting dalam hidup kita sekiranya dilengkapkan dengan didikan yang sempurna.Kita boleh membentuknya sebagaimana yang kita inginkan.Seorang kanak-kanak sememangnya seperti sehelai kain kanvas yang perlu diwarnai oleh kita sendiri.

Terdapat satu kisah yang mana diceritakan oleh Profesor Jerome Lejeune,pemenang Hadiah Nobel dan merupakan orang yang menemui gen sindrom down begitu menarik dikongsi bersama.

"Beberapa puluh tahun yang lalu,ayah saya seorang doktor berbangsa yahudi di Braunau,Austria.Pada suatu hari,rakannya membantu seorang ibu yang melahirkan sepasang anak kembar.

Seorang anak lelaki yang kuat tangisanya membuatkan kedua ibu bapanya berasa gembira dan bangga.Manakala seorang lagi adalah anak perempuan yang kecil menyebabkan kedua ibu bapanya sedih kerana bayi itu mengalami sindrom down.

Saya sentiasa mengikuti perkembangan kanak-kanak itu selama hampir lima puluh tahun.Bayi perempuan itu membesar dan tinggal bersama keluarganya di rumah.Dialah yang menjaga ibunya sejak beberapa lama apabila ibunya sakit kerana mengalami strok.Saya tidak mengingati namanya.Walau bagaimanapun,saya mengingati nama bayi lelaki itu.Dia meninggal dunia di dalam sebuah kubu di bawah tanah di Berlin.Namanya ialah Adolf Hitler"

Berdasarkan perkongsian kisah ini,memberi gambaran kepada kita bahawa anak-anak istimewa mungkin memberikan kesabaran yang tinggi untuk dibesarkan.Namun,kita tidak mengetahui masa hadapan mengenai jasa mereka kepada kita walaupun mereka mempuyai pelbagai kekurangan.

No comments:

Post a Comment