Monday 17 December 2012

ciri-ciri umum kanak-kanak sindrom down


Terdapat beberapa perbezaan yang ketara diantara kanak-kanak normal dan juga kanak-kanak sonrom dowm.Perbezaan yang paling ketara ialah kanak-kanak sindrom down adalah seakan-akan seperti orang mogol.Disebabkan keadaan muka yang hampir sama dengan orang mogol,maka kanak-kanak sindrom down digelar mognoloid.

Pangkal hidung kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan dengan kanak-kanak normal iaitu kemek atau leper.Kanak-kanak sindrom juga mempunyai jarak yang jauh diantara mata kiri dan kanan.Selain itu, mata mereka juga mempunyai kulit yang berlebihan disudut dalam.Mata mereka juga kelihatan sepet.Saiz mulut dan lidah di atas menyebabkan kanak-kanak sindrom down selalu menjelirkan lidah.Pertumbuhan gigi kanak-kanak sindrom down pula adalah lambat dan tidak teratur berbanding kanak-kanak normal.Di samping itu,paras telinga kanak-kanak sindrom down adalah lebih rendah.Kepala mereka juga lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan hingga ke belakang.Selain itu,leher kanak-kanak sindrom down juga lebih pendek dan leper.


Sifat pada tangan dan lengan


    Selain perbezaan muka,kepala,dan leher,kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan yang ketara pada tangan dan lengan dengan kanak-kanak normal.Ciri yang paling jelas pada jari kanak-kanak sindrom down adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking yang membengkok ke dalam.Selain itu,tapak tangan kanak-kanak sindrom down hanya mempunyai satu garis lurus.Ciri ini dinamakan sebagai 'simian crease'.Ciri ini amat penting dalam menentukan sama ada kanak-kanak itu menghadapi sindrom down atau tidak.Disamping itu,tapak tangan mereka juga adalah lebih lebar berbanding kanak-kanak normal.
  

 Sifat Pada Kaki


Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan sifat pada kaki dengan kanak-kanak normal yang lain.Kanak-kanak sindrom down mempunyai kaki yang agak pendek berbanding kanak-kanak normal.Selain itu,kanak-kanak sindrom down juga mempunyai jari kaki yang pendek dan jarak ibu jari kaki dan jari kaki kedua jauh terpisah.Di samping itu,tapak kaki mereka biasanya dalam keadaan leper.




 Sifat pada otot

Kebanyakkan kanak-kanak sindrom down mempunyai otot yang lemah atau lembik.Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak sindrom down mudah mendapat kecederaan berbanding kanak-kanak normal yang lain.Selain itu,kanak-kanak sindrom down juga mengalami masalah lewat dalam perkembangan motor kasar dan mempunyai sendi yang longgar.Keadaan ini menyebabkan pergerakan mereka terbatas dan sukar melakukan pergerakan seperti kanak-kanak normal yang lain.

No comments:

Post a Comment