Thursday 29 November 2012

Tips menimbulkan kesedaran kepada keluarga


  Keluarga memainkan peranan penting bagi tumbesaran kanak-kanak.Ia boleh mempengaruhi emosi dan turut memberi kesan pada masalah social.Anak istimewa akan mempunyai masalah tingkah laku yang mana sudah tentu akan sering dimarahi dan diberi layanan buruk oleh ahli keluarga.Sudah pasti anak anda tidak mengerti kelainan yang wujud dalam dirinya dan dia berasa  rendah diri dan diasingkan serta berasa disingkirkan.
Peranan ibu bapa amat penting dalam situasi ini ialah dengan menyuruh anak yang normal mengenali adik beradiknya  yang istimewa dengan mengadakan permainan seperti prosedur dibawah:
Bahan-bahan:

1.       Kain

2.       Cermin

3.       Bahan bagi menutup telinga

4.       Kerusi roda

Prosedur:

1.       Bermasalah pembelajaran
Tutup mata dengan sehelai kain dan beri arahan supaya dia ke dapur dan membawa anda segelas minuman

2.       Bermasalah Pendengaran
Tutup telinga sehingga tidak boleh mendengar sebarang bunyi dan letakkanya di hadapan televisyen.Anda juga boleh cuba bercakap denganya supaya dia meneka apa yang anda lafazkan

3.       Bermasalah Pembelajaran
Ambil sebuah buku dan letak cermin dihadapannya.Salin ayat dalam buku itu dengan memandang cermin dan menggunakan tangan kanan dan kiri.

4.       Bermasalah anggota
Bergerak dengan menggunakan kerusi roda di sekeliling rumah contohnya ke bilik tidur,ke dapur,ke bilik air ataupun ke halaman rumah.Cuba bayangkan sukarnya hendak bergerak sekiranya terpaksa berada di pasar raya untuk membeli belah.

Dengan melakukan aktiviti itu,sedikit sebanyak mereka faham masalah golonggan istimewa.Mungkin mereka lebih bertolak ansur dan membantu anak istimewa anda.Ini sudah tentu memudahkan kerja anda kerana adik beradiknya yang lain pasti bekerjasama membesarkan anak itu.

Saturday 3 November 2012

Kenali definisi & Istilah Dalam Pendidikan Khas

Konsep Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi
dan kejayaan hidup memuaskan.Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.

Istilah Handicap

Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.  Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan.  Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa.  Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

Istilah Disability

Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang
dapat dilakukan oleh individu normal.

Istilah Impairment

Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.


Semua perkara mempunyai sejarah tersendiri

Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia....

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

 Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran.Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas.




Sejarah Pendidikan Khas di luar negara..

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk  menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas.  Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran.  Undang undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan
individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa.


Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara.  Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanakkanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.  Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini.  Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.  Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas.Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.



Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan.  Umpamanya, ahli psikologi
pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi  bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.  Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.


Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.  Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.  Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas
di Britain.