Konsep Pendidikan Khas
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi
dan kejayaan hidup memuaskan.Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.
Istilah Handicap
Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.
Istilah Disability
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang
dapat dilakukan oleh individu normal.
Istilah Impairment
Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.
No comments:
Post a Comment