Saturday 1 December 2012

Definasi Sindrom Down


  Istilah Sindrom bermaksud tanda atau ciri-ciri manakanla down pula diambil sempena dengan nama seorang doctor dari British bernama Dr John Langdon Down.Menurut Dr.John Longdon Down menyatakan bahawa sindrom down ialah kecelaruan genetic yang menyebabkan kecacatan akal dan perubahan fizikal kanak-kanak.Selain itu,ianya juaga merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh pertambahan kromosom pada kromosom 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak.

   Menurut Cuncha 1992 pula Sindrom Down adalah satu keadaan dimana berlakunya masalah pada perkembangan fizikal dan mental pada kanak-kanak kerana disebabkan ketidak normalan kromosom.
   Seterusnya,menurut JW.Chaplin 1995 Sindrom down adalah satu kerosakkan atau kecacatan pada fizikal dan masalah dalam fungsi mental.Ciri-ciri fizikal yang dimaksudkan adalah mempunyai lidah yang tebal dan retak-retak atau terbelah,mempunyai wajah yang datar atau ceper dan matanya sepet.

  Sedangkan menurut Kartini dan Gulo 1987 pula sindrom down adalah satu bentuk kecacatan pada mental,disebabkan oleh satu kromosom tambahan.Memiliki IQ yang mana biasanya dibawah 50.Seterusnya mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri fizikal yang berbeza yang sangat ketara,salah satu yang paling menonjol adalah matanya yang serong ke atas.

    Menurut Dr Wong,Sindrom Down ialah penyakit genetik disebabkan oleh kromosom tambahan nombor 21 pada kromosom yang terdapat pada seseorang kanak-kanak.Dalam kandungan ibu,anak akan menerima 46 kromosom,23 dari ibu dan 23 dari bapa.Dalam kes sindrom down anak menerima satu kromosom lebih iaitu 'kromosom 21' dan menjadikan jumlah kromosom sebagai 47.

    Oleh itu,berdasarkan pendapat daripada para pengkaji yang telah mengkaji penyakit ini dapat dirumuskan bahawa sindrom down merupakan satu penyakit genetik yang berlaku disebabkan oleh lebihan kromosom iaitu sebanyak 47 pasang.










No comments:

Post a Comment